Sunday 13 January 2013

Pasangkan Niat, Terbitkan Keikhlasan


Dalam mencari matlamat kehidupan, kadang kala kita lupa tujuan kehidupan di muka bumi ini.  Sering kali kealpaan ini memberikan ruangan kepada sifat riak, takbur, fitnah dan sebagainya sebagai panduan hidup.

Tuesday 18 December 2012

Pasang Kemahuan, Nyalakan Matlamat


Persoalan yang dikemukakan di bawah ditujukan khas kepada individu yang mengidamkan kekayaan. 

“Mampukah kita menjadi individu yang kaya, bersara lebih awal dengan kemewahan dan mempunyai masa untuk diluangkan bersama keluarga?”

Dan jawapan kepada persoalan di atas adalah, “Ya, boleh.”

Thursday 29 November 2012

Minda Usahawan, Minda Jutawan


Bagi mencapai sesuatu kejayaan yang diidamkan, seseorang usahawan harus mempunyai impian yang jelas.  Setiap kejayaan yang besar bermula dengan impian yang kecil.

Setiap daripada kita mempunyai impian yang berbeza-beza.  Ada di antara kita yang ingin menjadi kaya.  Ada di antara kita yang ingin menjadi terkenal.  Ada di antara kita yang ingin menjadi jutawan.  Dan pelbagai lagi impian yang ingin dicapai. 

Wednesday 28 November 2012

10 Tip Pengurusan Wang Untuk Pelajar Universiti


Sekarang, pelajar universiti seperti kehilangan arah apabila hendak menguruskan wang mereka. Akibatnya wang banyak di gunakan untuk perkara yang merugikan berbanding perkara yang perlu. Terimalah hakikat bahawa anda sebenarnya masih belajar dan tidak ada income untuk anda enjoy, yang ada hanya wang untuk survive di dalam univerisiti itu sendiri.
                                                     
Untuk membantu golongan pelajar ini menguruskan wang, artikel ini menyediakan 10 tip pengurusan wang untuk pelajar universiti.

10 perkara yang bakal membazirkan wang anda.


Fikir sebelum beli adalah ungkapan yang paling sesuai jika anda mahu jimat wang atau mengelakkan dari pembaziran wang berlaku. Berikut adalah 10 perkara yang boleh menyebabkan anda membazir wang jika membeli.

Tiga rahsia menjayakan teknik bajet wang menggunakan sampul surat.


Sampul surat adalah alat untuk berjimat yang sangat hebat. Anda ambil beberapa sampul surat berdasarkan perbelanjaan yang bakal anda buat. Kemudian masukkan wang ke dalam sampul surat mengikut bajet yang telah di tetapkan. Dengan ini, segala perbelanjaan dapat di kawal kerana anda telah agih – agihkan wang mengikut keperluan yang sepatutnya.

Sekarang, anda sudah faham serba sedikit mengenai teknik sampul surat ini. Untuk lebih berjaya melalui teknik ini, artikel menyediakan tiga tip untuk anda.

Monday 26 November 2012

Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Peluang!


Walau apapun pekerjaan yang kita laksanakan.  Semua insan mempunyai hak untuk mencapai kekayaan.  Tidak kira samada kita seorang mempunyai jawatan yang tinggi di sektor swasta mahupun sektor kerajaan.  Seorang graduan mahupun seorang kerani dan nelayan.  Kita semua mempunyai hak untuk mencapai kekayaan.

Hakikatnya semua di antara kita mempunyai hak untuk menjadi kaya, bersara awal dari masa yang sepatutnya, menikmati kemewahan dan mempunyai harta yang banyak.  Untuk mengapai angan-angan tersebut menjadi realiti bukan fantasi, pengorbanan harus dilalui dengan ‘Menyinari Jalan Matlamat’.

Sekat Tamak Dengan Qanaah!


Terdapat beberapa pengertian bagi perkataan Qanaah.  Melalui pengertian secara bahasa, Qanaah bermaksud berasa cukup serta puas dengan setiap sesuatu yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t.  Dan ia juga merupakan salah satu cara untuk tunduk serta akur dengan kurnian-Nya. (Solusi Isu No.43)

Terdapat juga beberapa definisi Qanaah secara istilah, antaranya:

Muhammad Ali Al-Tarmizi

Qanaah ialah jiwa yang rela terhadap pemberian rezeki yang telah ditentukan-Nya.

Bishr al-Hafi

Qanaah ibarat raja yang tidak akan bertakhta kecuali di hati orang Mukmin.

Penulisan Resume Yang Perlu Dikuasai!


Seorang Pegawai Sumber Manusia hanya mengambil masa 1 hingga 3 minit sahaja untuk meneliti resume.  Dan pada masa sesingkat itu, tidak mustahil, kemungkinan besar resume yang tiada ‘keunikkan’ hanya menjadi ‘bahan perhiasan sahaja’.

Kini waktu berlalu terlalu pantas.  Sehingga kadang-kadang tidak mampu lagi untuk mengejar.  Begitulah halnya dengan senario sebagai seorang Pegawai Sumber Manusia.  Masa mereka begitu berharga.  Tidak ada masa untuk meneliti satu per satu resume daripada pemohon pekerjaaan.

Oleh itu, dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit tips-tips ‘Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum, Semasa Dan Selepas Penulisan Resume.’

Thursday 22 November 2012

'Kesabaran Dalam Menyampaikan Ilmu


Ralat rasanya.  Ralat kerana artikel yang ditulis selama ini hanya sepi.  Ralat kerana artikel di forum tersebut tidak diendah, tidak dilayan, tidak dimanfaatkan seperti yang diharapkan.  Jauh di hati, rasa kecewa, sedih malah timbul perasaan marah.

Perasaan tersebut kini hilang apabila difikirkan bahawa penyampaian artikel tersebut tidak lebih daripada menyampaikan ilmu.  Bukan menyampaikan ‘promosi’.  Maka timbul pula idea untuk menulis tentang 'Kesabaran Dalam Menyampaikan Ilmu.’

Wednesday 21 November 2012

Bagaimana Mencipta Produk Dan Perkhidmatan Tanpa Anda Sendiri Sedari?


Seringkali saya lihat individu yang baru dalam Perniagaan Internet menyatakan salah satu masalah mereka adalah ‘Tiada Produk / Perkhidmatan’. Dan secara tidak langsung, mereka tidak dapat menjana pendapatan kerana tiada apa mahu ditawarkan kepada pelanggan mereka.

Oleh itu, diharapkan perkongsian dari saya kali ini sedikit sebanyak membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

1.            Cipta Produk Melalui Taraf Pendidikan

Anda mempunyai taraf pendidikan yang mampu membantu dan menyelesaikan masalah orang lain. Sebagai contoh, anda mempunyai Diploma dalam Pereka Grafik. Mengapa anda tidak menjadikan ia sebagai salah satu punca rezeki anda? Anda boleh buat ebook, boleh menawarkan perkhidmatan dan sebagainya.

Contoh lain pula saya beri, mungkin anda mempunyai Ijazah dalam bidang kewangan. Apa kata, anda jadikan aset tersebut sebagai sumber pendapatan anda. Mungkin anda menjadi juru runding kewangan, seminar dalam kewangan atau mungkin anda boleh kongsikan ilmu tersebut dalam bentuk penulisan.

Usahawan Islam Kaya Harta, Kaya Iman!


Sebagai seorang guru dalam bidang perniagaan, saya lebih menumpukan kepada satu definisi perniagaan sahaja.  Antara definisi perniagaan yang seringkali menjadi pembacaan saya adalah:

aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilaibagi mendapatkan keuntungan.”

Mengapai Impian Sebagai Seorang Penulis Ebook

Tajuk Mantap, Penulisan Tampak Lebih Mantap!

Terpulang kepada individu itu sendiri.  Sebaik sahaja terlintas niat untuk menulis sebuah ebook, sebenarnya telah ada satu jawapan kepada sesuatu persoalan.  Saya ingin mengambil contoh ‘A’ sangat meminati bidang nyanyian. 

Dan beliau mempunyai teknik dan rahsia bagaimana untuk menjadi penyanyi bagai Siti Nurhaliza.  Secara tidak langsung, timbul tajuk ebook iaitu ‘Rahsia Nyanyian Siti Nurhaliza Kini Terdedah!’  Oleh itu, pilih tajuk yang ingin dikupas mengikut isu-isu yang sesuai.

Tuesday 20 November 2012

Tips Untuk Menjadi Penulis Profesional

Dunia maya kini semakin lama semakin berkembang maju. Secara tidak langsung, ia juga dapat meningkatkan lagi ekomomi samada kepada individu atau kepada negara. Jadi, amatlah rugi sekiranya tidak mengambil peluang ini.

Di sini, saya rasa terpanggil ingin berkongsi serba sedikit bagaimana anda menjadi penulis seterusnya menjana pendapatan melaluinya. 

Jadi, apakah perkara-perkara penting yang perlu kita tahu untuk menjadi penulis yang profesional?

Mengapa Ramai Golongan Yang Baru Gagal Dalam Perniagaan Internet?

Sehingga saat ini ramai di antara kita akan mengeluh mengenangkan kos sara hidup yang semakin lama semakin tinggi. Bagi individu yang menjalani kehidupan yang biasa. Seharian bangun dari tidur, masuk kerja tiada matahari, balik kerja tiada matahari; tidak akan merasai kenikmatan kehidupan yang sebenarnya. Oleh itu, terdetik di fikiran, adakah ada cara yang lebih mudah untuk menjadi lebih kaya, berjaya dan bergaya?

Setiap individu yang ingin berubah kehidupan mereka akan mula membuka mata hati dan fikiran mereka. Mereka mula membuat persoalan demi persoalan. Bagaimana insan tersebut boleh berjaya? Mengapa aku masih di tahap begini? Apa perbezaan aku dan dia? Sampai bila aku masih di tahap ini?

Maka terlintaslah salah satu platform masa kini iaitu internet menjadikan lebih mudah dan murah untuk menjana pendapatan. Bagaimana mahu mulakan? Itulah persoalan pertama yang akan timbul dari sanubari.

Baiklah, saya akan kongsikan mengikut pengalaman saya.