Seringkali saya lihat individu yang baru dalam Perniagaan
Internet menyatakan salah satu masalah mereka adalah ‘Tiada Produk /
Perkhidmatan’. Dan secara tidak langsung, mereka tidak dapat menjana pendapatan
kerana tiada apa mahu ditawarkan kepada pelanggan mereka.
Oleh itu, diharapkan perkongsian dari saya kali ini sedikit
sebanyak membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.
1. Cipta
Produk Melalui Taraf Pendidikan
Anda mempunyai taraf pendidikan yang mampu membantu dan
menyelesaikan masalah orang lain. Sebagai contoh, anda mempunyai Diploma dalam
Pereka Grafik. Mengapa anda tidak menjadikan ia sebagai salah satu punca rezeki
anda? Anda boleh buat ebook, boleh menawarkan perkhidmatan dan sebagainya.
Contoh lain pula saya beri, mungkin anda mempunyai Ijazah
dalam bidang kewangan. Apa kata, anda jadikan aset tersebut sebagai sumber
pendapatan anda. Mungkin anda menjadi juru runding kewangan, seminar dalam
kewangan atau mungkin anda boleh kongsikan ilmu tersebut dalam bentuk
penulisan.