Fikir sebelum beli adalah
ungkapan yang paling sesuai jika anda mahu jimat wang atau mengelakkan dari
pembaziran wang berlaku. Berikut adalah 10 perkara yang boleh menyebabkan anda
membazir wang jika membeli.
1. Air mineral di dalam
botol – Sekarang harga air mineral adalah mahal. Lebih baik anda masak di rumah
berbanding membelanjakan RM 3 hingga RM 5 sehari untuk membeli air mineral.
2. Minuman dalam tin -
Minuman yang terang – terang mengandungi gula yang berlebihan ini lebih baik
anda tidak beli. Jangan tertipu dengan khasiat yang terdapat di dalamnya.
3. Makanan di luar – makan
di luar seperti restoran adalah perbuatan membazir. Sekali sekala bolehlah,
jika selalu, anda memang hanya membazir wang sahaja. Ini kerana penyediaan
makanan di rumah jauh lebih murah berbanding anda membeli makanan di luar.
4. Membeli barang berjenama
yang mahal - mahal – Jangan beli barang berjenama melainkan anda memang benar –
benar ada wang untuk berbuat demikian. Membeli barang berjenama yang mahal
ketika anda tiada duit adalah perbuatan yang membazir.
5. Tidak tutup suiz
elektrik – Jika tidak gunakan lampu, tutup suiz lampu. Jika tidak tengok
televisyen, tutup suiz televisyen termasuklah suiz astro jika tidak di gunakan.
Jangan biarkan alat elektrik berada dalam keadaan standby kerana selagi meter
berjalan, anda tetap kena bayar bil.
6. Berjudi dan skim cepat
kaya – Jangan laburkan wang untuk berjudi atau skim cepat kaya kerana perbuatan
ini akan menghilangkan wang anda sahaja. Tiada jalan cepat untuk jadi kaya
melainkan berusaha.
7. Menonton movie di wayang
– Pastikan sebelum anda pergi menonton wayang, anda menonton movie yang
berbaloi untuk di bayar. RM 10 bukanlah murah dan jika movie yang anda tonton
adalah tidak bermutu, membazir sahaja wang.
8. Surat khabar – Tidak
perlu bazirkan wang RM 1 sehari sedangkan anda boleh baca sahaja berita di
online.
9. Berhutang tanpa ada
tujuan – Jangan buat pinjaman peribadi jika anda tidak perlu. Kadangkala, ada
juga orang yang buat pinjaman peribadi hanya untuk rasa hidup mewah. Jangan
buat hutang jika keadaan tidak memaksa. Ini hanya akan merugikan wang anda
untuk membayar hutang di tambah faedah lagi.
10. Melanggan televisyen
berbayar – Jika anda hanya menonton televisyen seminggu sekali, jangan langgan
siaran berbayar kerana ia perbuatan membazir sahaja. Lainlah anda hidup
berkeluarga. Namun, jika anda melanggan, pastikan anda melanggan siaran yang
anda tengok sahaja.
Ikhlas,
Amir Azros
No comments:
Post a Comment