Monday 26 November 2012

Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Peluang!


Walau apapun pekerjaan yang kita laksanakan.  Semua insan mempunyai hak untuk mencapai kekayaan.  Tidak kira samada kita seorang mempunyai jawatan yang tinggi di sektor swasta mahupun sektor kerajaan.  Seorang graduan mahupun seorang kerani dan nelayan.  Kita semua mempunyai hak untuk mencapai kekayaan.

Hakikatnya semua di antara kita mempunyai hak untuk menjadi kaya, bersara awal dari masa yang sepatutnya, menikmati kemewahan dan mempunyai harta yang banyak.  Untuk mengapai angan-angan tersebut menjadi realiti bukan fantasi, pengorbanan harus dilalui dengan ‘Menyinari Jalan Matlamat’.

Impian Realiti vs Impian Fantasi

Setiap insan pasti mempunyai cita-cita dan impian.  Tidak kira samada cita-cita dan impian tersebut kadangkala tidak dapat diterima akal.  Namun ia juga adalah cita-cita dan impian.  Pelbagai jenis impian yang akan difikikan.

“Saya nak rumah agam yang besar dan luas!”
“Saya beberapa aset hartanah di serata dunia!”
“Saya nak bawa kereta idaman saya”

Dan pelbagai lagi impian dan cita-cita yang ingin dicapai oleh kita.

Pernahkah kita terfikir sekiranya suatu hari nanti, kehidupan kita sangat bahagia.  Di mana ketika itu kita mempunyai wang yang banyak sehinggakan kita tidak perlu lagi keluar rumah jam 8 pagi dan pulang ke rumah jam 7 petang.  Dan apa yang lebih penting, kita mempunyai banyak masa bersama dengan keluarga. 

Situasi di atas adalah salah satu daripada berjuta impian dan cita-cita yang terlintas di fikiran.  Namun ianya adalah perkara yang tidak mustahil untuk dicapai.  Ia bukannya mimpi di siang hari.  Percayalah, sekiranya ada kemahuan dan keinginan, segala perkara boleh mejadi kenyataan sekiranya diizinkan oleh Allah s.w.t.

Untuk mengapai kekayaan, ramai yang menyangka seseorang itu memerlukan bakat dan kebolehan yang unik dan luar biasa.  Persepsi ini amat menyimpang jauh daripada Kenyataan.  Sebenarnya untuk menjadi insan yang kaya, kita hanya memerlukan dua perkara di bawah:

  1.           Disiplin diri yang tinggi
  2.           Sifat kesabaran yang tinggi


Sekiranya kita mempunyai dua ‘perisai’ ini, tidak mustahil kita akan mencapai kejayaan dan kekayaan.  Dan dengan kekayaan tersebut, kita mampu berhenti kerja lebih awal dan menikmati kemewahan di usia yang muda tanpa bebanan kewangan yang serabut di fikiran.

Ikhlas,
Amir Azros

No comments:

Post a Comment