Thursday 29 November 2012

Minda Usahawan, Minda Jutawan


Bagi mencapai sesuatu kejayaan yang diidamkan, seseorang usahawan harus mempunyai impian yang jelas.  Setiap kejayaan yang besar bermula dengan impian yang kecil.

Setiap daripada kita mempunyai impian yang berbeza-beza.  Ada di antara kita yang ingin menjadi kaya.  Ada di antara kita yang ingin menjadi terkenal.  Ada di antara kita yang ingin menjadi jutawan.  Dan pelbagai lagi impian yang ingin dicapai. 
Namun, impian hanya jadi mimpi di siang hari sekiranya kita tidak aktif menggambarkan kejayaan dalam minda kita.  Maksudnya di sini, setiap impian harus mempunyai matlamat yang jelas apa yang mahu dicapai.  Impian tersebut juga harus mempunyai visi yang padu. 

Contohnya sekiranya ingin menjadi jutawan, impian tersebut harus jelas dengan matlamat.  Contoh matlamat, ingin membantu keluarga yang hidup serba kedaifan.  Dan impian tersebut juga harus mempunyai visi yang padu.  Contohnya, visi adalah ingin menjadi jutawan dalam masa 5 tahun atau kurang dari itu.

Jika anda mahu menjadi seorang penulis yang berjaya.  Cuba bayangkan diri anda sedang menandatangani buku untuk orang ramai yang berbaris panjang. Jika anda mahu menjadi kaya, gambar diri anda dalam persekitaran yang mewah memegang akaun bank yang penuh sumber pendapatan yang mencecah jutaan ringgit.

Dan proses membayangkan kejayaan untuk anda harus menjadi satu aktiviti yang berterusan! Seorang penulis di Barat menceritakan bahawa bagaimana jurulatih peribadi beliau melatih diri agar impian yang dipendam dapat dicapai.  

Jurulatih tersebut hanya menyebut perkataan ‘I want to become rich’ setiap kali melangkah tangga di pejabatnya.  Dan impian yang diucapkan setiap kali melangkah tangga kini telah tercapai.  Jurulatih peribadi penulis tersebut kini merupakan salah seorang jutawan dalam produk kesihatan.

Akhir kata, untuk berjaya dalam kehidupan ini, perkara yang paling asas adalah mentaliti kita.  Anggaplah kita sudah berjaya walaupun ianya adalah impian.  Dan jadikan impian tersebut menjadi kenyataan.  Insya-Allah.

Ikhlas,
Amir Azros

No comments:

Post a Comment