Penulis

Siapa Amir Azros?

Baiklah, secara keseluruhan saya hanyalah seorang hamba Allah s.w.t.  Saya merupakan anak kepada Tuan Haji Abdul Aziz Mohd Niza dan Puan Hajjah Rozita Binti Md Taib.  Saya juga merupakan suami kepada Puan Noorartina Binti Md Nayan dan seorang bapa kepada Amanda Sofea Binti Amir Azros.

Saya mempunyai pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Sumber Manusia) dari UiTM.  Selain itu, dalam institusi tersebut juga, saya adalah graduan dalam Diploma Pengurusan Pejabat dan Teknologi.  Oleh kerana minat yang mendalam dalam dunia pendidikan, saya melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Perniagaan dan Perdagangan) di UPSI.

Pengalaman pekerjaan yang pernah saya ceburi adalah sebagai Pegawai Pentadbiran di salah satu firma guaman di Perak.  Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman kerja sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Awam di  MAP Training And Consultancy Sdn. Bhd.          Kini saya merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Ipoh, Perak.

Selain pengalaman kerja secara sepenuh masa, saya juga mempunyai pengalaman dalam perniagaan secara separuh masa.  Pelbagai jenis perniagaan yang pernah saya lakukan sejak tahun 2008 lagi.

Kesimpulannya, saya merupakan seorang individu biasa namun saya mempunyai matlamat yang luar biasa untuk dicapai.  Saya sangat mengharapkan kejayaan bersama di dunia dan di akhirat.  Insya-Allah.

Ikhlas,














Amir Azros

No comments:

Post a Comment