Ralat rasanya. Ralat
kerana artikel yang ditulis selama ini hanya sepi. Ralat kerana artikel di forum tersebut tidak
diendah, tidak dilayan, tidak dimanfaatkan seperti yang diharapkan. Jauh di hati, rasa kecewa, sedih malah timbul
perasaan marah.
Perasaan tersebut kini hilang apabila difikirkan bahawa
penyampaian artikel tersebut tidak lebih daripada menyampaikan ilmu. Bukan menyampaikan ‘promosi’. Maka timbul pula idea untuk menulis tentang 'Kesabaran Dalam Menyampaikan Ilmu.’
