Showing posts with label Perniagaan Online. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan Online. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

Pasang Kemahuan, Nyalakan Matlamat


Persoalan yang dikemukakan di bawah ditujukan khas kepada individu yang mengidamkan kekayaan. 

“Mampukah kita menjadi individu yang kaya, bersara lebih awal dengan kemewahan dan mempunyai masa untuk diluangkan bersama keluarga?”

Dan jawapan kepada persoalan di atas adalah, “Ya, boleh.”

Monday, 26 November 2012

Sekat Tamak Dengan Qanaah!


Terdapat beberapa pengertian bagi perkataan Qanaah.  Melalui pengertian secara bahasa, Qanaah bermaksud berasa cukup serta puas dengan setiap sesuatu yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t.  Dan ia juga merupakan salah satu cara untuk tunduk serta akur dengan kurnian-Nya. (Solusi Isu No.43)

Terdapat juga beberapa definisi Qanaah secara istilah, antaranya:

Muhammad Ali Al-Tarmizi

Qanaah ialah jiwa yang rela terhadap pemberian rezeki yang telah ditentukan-Nya.

Bishr al-Hafi

Qanaah ibarat raja yang tidak akan bertakhta kecuali di hati orang Mukmin.

Wednesday, 21 November 2012

Bagaimana Mencipta Produk Dan Perkhidmatan Tanpa Anda Sendiri Sedari?


Seringkali saya lihat individu yang baru dalam Perniagaan Internet menyatakan salah satu masalah mereka adalah ‘Tiada Produk / Perkhidmatan’. Dan secara tidak langsung, mereka tidak dapat menjana pendapatan kerana tiada apa mahu ditawarkan kepada pelanggan mereka.

Oleh itu, diharapkan perkongsian dari saya kali ini sedikit sebanyak membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

1.            Cipta Produk Melalui Taraf Pendidikan

Anda mempunyai taraf pendidikan yang mampu membantu dan menyelesaikan masalah orang lain. Sebagai contoh, anda mempunyai Diploma dalam Pereka Grafik. Mengapa anda tidak menjadikan ia sebagai salah satu punca rezeki anda? Anda boleh buat ebook, boleh menawarkan perkhidmatan dan sebagainya.

Contoh lain pula saya beri, mungkin anda mempunyai Ijazah dalam bidang kewangan. Apa kata, anda jadikan aset tersebut sebagai sumber pendapatan anda. Mungkin anda menjadi juru runding kewangan, seminar dalam kewangan atau mungkin anda boleh kongsikan ilmu tersebut dalam bentuk penulisan.

Usahawan Islam Kaya Harta, Kaya Iman!


Sebagai seorang guru dalam bidang perniagaan, saya lebih menumpukan kepada satu definisi perniagaan sahaja.  Antara definisi perniagaan yang seringkali menjadi pembacaan saya adalah:

aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilaibagi mendapatkan keuntungan.”

Mengapai Impian Sebagai Seorang Penulis Ebook

Tajuk Mantap, Penulisan Tampak Lebih Mantap!

Terpulang kepada individu itu sendiri.  Sebaik sahaja terlintas niat untuk menulis sebuah ebook, sebenarnya telah ada satu jawapan kepada sesuatu persoalan.  Saya ingin mengambil contoh ‘A’ sangat meminati bidang nyanyian. 

Dan beliau mempunyai teknik dan rahsia bagaimana untuk menjadi penyanyi bagai Siti Nurhaliza.  Secara tidak langsung, timbul tajuk ebook iaitu ‘Rahsia Nyanyian Siti Nurhaliza Kini Terdedah!’  Oleh itu, pilih tajuk yang ingin dikupas mengikut isu-isu yang sesuai.

Tuesday, 20 November 2012

Mengapa Ramai Golongan Yang Baru Gagal Dalam Perniagaan Internet?

Sehingga saat ini ramai di antara kita akan mengeluh mengenangkan kos sara hidup yang semakin lama semakin tinggi. Bagi individu yang menjalani kehidupan yang biasa. Seharian bangun dari tidur, masuk kerja tiada matahari, balik kerja tiada matahari; tidak akan merasai kenikmatan kehidupan yang sebenarnya. Oleh itu, terdetik di fikiran, adakah ada cara yang lebih mudah untuk menjadi lebih kaya, berjaya dan bergaya?

Setiap individu yang ingin berubah kehidupan mereka akan mula membuka mata hati dan fikiran mereka. Mereka mula membuat persoalan demi persoalan. Bagaimana insan tersebut boleh berjaya? Mengapa aku masih di tahap begini? Apa perbezaan aku dan dia? Sampai bila aku masih di tahap ini?

Maka terlintaslah salah satu platform masa kini iaitu internet menjadikan lebih mudah dan murah untuk menjana pendapatan. Bagaimana mahu mulakan? Itulah persoalan pertama yang akan timbul dari sanubari.

Baiklah, saya akan kongsikan mengikut pengalaman saya.