Tuesday 18 December 2012

Pasang Kemahuan, Nyalakan Matlamat


Persoalan yang dikemukakan di bawah ditujukan khas kepada individu yang mengidamkan kekayaan. 

“Mampukah kita menjadi individu yang kaya, bersara lebih awal dengan kemewahan dan mempunyai masa untuk diluangkan bersama keluarga?”

Dan jawapan kepada persoalan di atas adalah, “Ya, boleh.”

Tidak kira tahap atau taraf pendidikan seseorang.  Seorang graduan ataupun tidak.  Seorang pemandu teksi, seorang penjawat awam, seorang kerani atau pentadbir.

Hakikatnya setiap daripada kita mempunyai hak untuk mencapai kekayaan, bersara awal dengan kemewahan dan mempunyai masa untuk diluangkan bersama keluarga.  Bak kata pepatah :
“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”
“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.”

Dan indahnya hidup ini sekiranya kita mempunyai kemewahan seperti Jutawan Islam yang juga salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Abdul Rahman bin Auf.  Kita bukan sahaja tidak perlu bekerja seperti orang lain.  Malah mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan bersama keluarga.  Di samping itu juga, kita mempunyai banyak masa untuk beramal kepada Pencipta yang Maha Berkuasa.

Sebenarnya ia bukan sesuatu mimpi yang mustahil untuk dicapai.  Tetapi percayalah, kita mampu menjadikan sebuah mimpi menjadi realiti; sebuah impian menjadi kenyataan.
Untuk menjadi Usahawan Islam yang berjaya di dunia dan di akhirat, kita tidak memerlukan kebolehan dan kemahiran luar biasa.  Apa yang diperlukan hanya disiplin diri bagi membolehkan kita mengatur kehidupan untuk menambah kekayaan. 

Selain itu, sertakan juga 4 Senjata Usahawan Islam.  Dengan kekayaan tersebut kita bukan sahaja kaya di dunia malah kekayaan tersebut akan dibawa hingga ke akhirat kelak.

“Jadi, apakah tindakan yang perlu diambil untuk menjadi Usahawan Islam yang berjaya?”

Penulis akan sedaya upaya menerangkan beberapa petua mudah untuk mengumpul dan mendapatkan kekayaan kewangan yang berlandaskan syariat agama Islam.

Terdapat beberapa cara dan kaedah untuk menjana kekayaan kewangan.  Dan dalam post ini tidak akan menentukan kaedah yang khusus kepada seseorang.  Ini adalah kerana kaedah-kaedah yang diterangkan akan ditentukan sendiri oleh pembaca mengikut kesesuaian masing-masing.

Kita boleh bayangkan terdapat beberapa batang jalan yang menuju ke destinasi yang sama.  Dan tidak semua akan menggunakan jalan ‘A’.  Dan tidak semua juga yang akan menggunakan jalan ‘B’.  Dan ada juga diantaranya menggunakan jalan ‘C’.

Begitu juga dengan kaedah-kaedah yang akan didedahkan dalam post ini.  Pembaca boleh memilih kaedah yang terbaik mengikut kesesuaian.  Teruskan pembacaan untuk mengetahui kaedah-kaedah kekayaan Gaya Mukmin di post akan datang.

No comments:

Post a Comment