Sampul
surat adalah alat untuk berjimat yang sangat hebat. Anda ambil beberapa sampul
surat berdasarkan perbelanjaan yang bakal anda buat. Kemudian masukkan wang ke
dalam sampul surat mengikut bajet yang telah di tetapkan. Dengan ini, segala
perbelanjaan dapat di kawal kerana anda telah agih – agihkan wang mengikut
keperluan yang sepatutnya.
Sekarang,
anda sudah faham serba sedikit mengenai teknik sampul surat ini. Untuk lebih
berjaya melalui teknik ini, artikel menyediakan tiga tip untuk anda.
Tip pertama : Jangan bazir
lebihan wang.
Jika
ada sampul yang mempunyai wang lebih di dalamnya, anda jangan guna. Sebaliknya
anda simpan untuk kegunaan bulan depan. Jadi, pada bulan depan anda akan tambah
kurang sedikit wang untuk mencukupkan jumlah sebenar yang anda agihkan. Lebihan
wang secara keseluruhan, masukkan ke dalam simpanan tetap.
Tip kedua : jangan campur aduk
penggunaan sampul
Satu
sampul satu tujuan. Anda jangan campur aduk pelbagai tujuan dalam satu sampul.
Jika anda campur aduk, anda hanya merosakkan sistem sampul surat ini sahaja . Jangan lebihkan atau kurangkan
wang. Satu sampul satu tujuan membolehkan anda kekal pada bajet yang telah anda
rancangkan.
Tip ketiga : Sentiasa periksa
sampul surat untuk melihat jumlah wang.
Katakan
sampul surat yang mengandungi barang dapur, anda perlu sentiasa tahu jumlah
semasa wang yang ada di dalamnya. Tindakan ini perlu supaya anda tidak
terbelanja lebih atau anda hilang kesan di mana anda belanjakan wang tersebut.
Apabila anda terima resit, masukkan ke dalam sampul surat supaya anda dapat
kesan ke mana wang anda mengalir.
Teknik
sampul surat memang antara teknik yang bagus untuk di praktikkan. Teknik ini
membolehkan anda berdisiplin dalam menguruskan wang.
Ikhlas,
Amir Azros
No comments:
Post a Comment